Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 September

KUALA LUMPUR 12 Sept. — Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen




