Posts Tagged ‘Raya’

ssss

Sedar tak sedar, ramadhan sudah sampai penghujungnya. Begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru 2 hari lepas je baru puasa. Jadi macam mana puasa anda tahun ini, cukup atau tak cukup.

Jadi tak nak cerita panjang, saya selaku penulis blog ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin jika terdapat sebarang kesilapan yang mengguris hati pembaca blog ini.

Jadi kepada mereka yang akan pulang beraya dikampung nanti, pastikan berhati-hati semasa memandu. Pastikan anda mempunyai tidur yang secukupnya dan harus confident membawa kenderaan.

Tip nak balik raya dari saya, kalau nak balik dengan keadaan jalan raya yang lenggang, balik pagi raya. Gerenti lenggang.

Jom layan lagu raya sempena hari raya yang hampir tiba ini.

Read the rest of this entry »

KUALA LUMPUR 12 Sept. — Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen

Raya semakin tiba. Tinggal 1 minggu lebih sahaja dari sekarang. Persiapan dirumah sedang giat dijalankan seperti membuat kuih raya, memasang langsir, mengecat rumah dan macam-macam lagi.

Jadi sudahkah anda servis kereta anda dengan memeriksa enjin kenderaan anda. Jika belum anda masih sempat lagi untuk berbuat demikian. Jadi tajuk entri hari ini ialah ragam pemandu semasa hari raya.

Read the rest of this entry »

Advertisement

News & Media Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Blog Kita

Proud Supporter Of

Archives
Bottom Ads