Posts Tagged ‘Panjang’

Hari ni saya nak bagi informasi pula. Kenapa ramai pakcik-pakcik mempunyai gigi yang lebih panjang dari biasa. Selalunya gigi yang panjang ni kita boleh tengok pada orang yang sudah berusia dan kurang pandai menjaga gigi.
Banyak faktor yang membuatkan gigi seseorang tu menjadi panjang. Ada yang kata faktor genetik dan ada juga yang kata faktor iklim. Tetapi bukan pasal gigi tu yang ingin saya kongsikan disini.
Untuk pengetahuan anda. Semua benda yang berada dibadan kita ini adalah benda hidup dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jadi, apa kaitan gigi panjang dengan gigi hidup.
Sudah tentu gigi hidup akan memanjang sedikit demi sedikit. Pada awalnya gigi kita tidak akan menjadi panjang jika gigi dibawah kita tumbuh dengan sihat. Ini kerana kedua-dua gigi ini berlaga dan gigi tersebut hidup dalam keadaan seperti berlaga.
Jadi apabila gigi dibawah anda sudah hilang. Gigi yang diatas akan bebas hidup sehingga panjangnya mencecah gusi bawah anda.
Jadi untuk info hari ini, sila jaga gigi anda dengan baik.






