Tags:Iklan, Kesuciaan, Krismas, Malaysia, Raya, TV3.

Salam. Mungkin ada diantara anda yang sudah melihat iklan raya di TV3. Mula2 perkara ini heboh melalui facebook yang mengatakan iklan ini berbentuk seperti perayaan krismas. Ramai yang berpendapat iklan ini mencemarkan kemuliaan perayaan kaum muslim di Malaysia. Jadi jika anda belum tengok lagi video tersebut, sila lihat dibawah ini, sila tinggalkan komen anda mengenainya.
Jadi apakah yang anda dapat kenalpasti selain beca terbang dalam iklan ini.
(more…)
Posted on 5 September '10 by Mohd Hakim, under Informasi. No Comments.
Tags:53, Dahulu, generasi, Kebangsaan, Malaysia, Merdeka, Pemimpin, Tahun.

Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 53 buat negaraku yang tercinta. Kalau ikut usia 53 tahun tu, kira dah banyak pengalaman semenjak merdekanya tanah air ini pada 53 tahun yang lalu. Perit getir yang dilalui oleh pemimipin yang terdahulu amatlah sangat berharga. Orang kata sudah punyai pengalaman hidup yang cukup pada usia sekitar ini.
Jadi kita sebagai generasi baru buat negara Malaysia ini haruslah sentiasa mengingat perjuangan yang telah dilakukan oleh pemimpin yang terdahulu. Jika kita leka dan tidak peka dengan cabaran pada masa kini, kita mungkin akan dijajah semula. Tanamkan rasa sayang dan cinta kita pada tanah air ini.
(more…)
Posted on 31 August '10 by Mohd Hakim, under Dari Admin. No Comments.
Tags:1tube, 500mb, alternatif, Malaysia, no limit, Upload, video, Youtube.

Hari ni saya nak kongsikan satu lagi informasi yang bagus untuk anda. Jika selama ini anda selalu menggunakan khidmat youtube untuk upload video, tidak kiralah anda menggunakan metacafe ke, daily motion ke. Kini ada satu alternatif yang terbaru dari rakyat Malaysia sendiri iaitu 1tube
1tube merupakan site yang menyediakan perkhidmatan upload video yang seakan sama seperti youtube. Akan tetapi jika anda upload video anda di 1tube.my, ianya tidak mempunyai had masa yang ditetapkan. Tidak seperti youtube yang berupaya upload video selama 10 minit. Dekat 1tube tidak ada limit dan limit untuk video anda adalah 500mb.
(more…)
Posted on 11 August '10 by Mohd Hakim, under Informasi. 5 Comments.
Tags:China, Malaysia, Piala, Separuh Akhir, Tewas, Thomas.

Pasukan badminton kebangsaan hari ini tewas di tangan skuad China 3-0. Walau bagaimanapun, semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia harus dijadikan teladan untuk perlawanan yang akan datang.
Pemain no 1 dunia juga tewas ditangan Lin Dan diikuti dengan kekalahan pasukan beregu negara dan diakhiri dengan tewasnya Wong Choon Han. Pasukan China akan bertemu dengan pasukan Indonesia pada perlawanan akhir.
Posted on 14 May '10 by Mohd Hakim, under Sukan. 2 Comments.
Tags:Game, jin, Malaysia, online.

Sebenarnya baru rekues CD game dari website jin ni. Baru sampai hari ni. Jin Online merupakan game yang bercirikan RPG online yang di buatan orang Malaysia sendiri. Kalau siapa yang pernah main ragnarok dulu tu. Game dia lebih kurang macam tu la..
Game ni agak menarik juga kerana baru sahaja bermain tadi. Sudah mencecah level 16, masih jauh lagi perjalanan nak kejar otai-otai kat dalam sana.
(more…)
Posted on 24 December '09 by Mohd Hakim, under Permainan. 5 Comments.
Tags:1-0, Bola Sepak, Malaysia, Menang.

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.
Jaringan gol sendiri pemain Vietnam memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.
Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.
Posted on 17 December '09 by Mohd Hakim, under Sukan. 1 Comment.
Tags:3-1, Laos, Malaysia, Mara, Sea Game.
VIENTIANE, 14 Dis (Bernama) — Malaysia berpeluang menamatkan kemarau emas selama 20 tahun apabila mara ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA ke-25, selepas menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, di sini hari Isnin.
Lawan Malaysia pada pertemuan akhir pada Khamis ini ialah Vietnam yang sebelum ini menumpaskan Singapura 4-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Chaou Anouvong, dekat sini.
Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 dan 79 sementara gol ketiga dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-84.
Biarpun stadium dipenuhi 23,000 penyokong tuan rumah, anak buah K.Rajagobal bermula dengan yakin dan melakukan beberapa percubaan berbahaya bagi menguji kekuatan lawan.
Kedua-dua pasukan tidak bertemu dalam saingan peringkat kumpulan. Malaysia ialah naib juara Kumpulan A sementara Laos mengungguli Kumpulan B.
(more…)
Posted on 15 December '09 by Mohd Hakim, under Sukan. 3 Comments.
Tags:2-1, 25, Laos, Malaysia, Sea Game, Tewaskan, Thailand.

VIENTIANE: Malaysia layak ke peringkat separuh akhir acara bola sepak pada Sukan SEA Ke-25 selepas menewaskan juara bertahan Thailand 2-1 pada perlawanan di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos di Vientiane hari ini. BERNAMA
Posted on 11 December '09 by Mohd Hakim, under Sukan. 5 Comments.
Tags:Google, Malaysia, Translator.

Berita baik buat pengguna google translate, google telah pun memasukkan bahasa ibunda kita sebagai tempat untuk translatekan bahasa tak kira la bahasa apa pun.
Dengan adanya sistem translate dari malaysia ke jepun contohnya, ianya boleh dilakukan dengan mudah walaupun bahasa yang ditranslate tidak begitu tepat dan cantik ayatnya. Walaubagaimanapun ianya cukup dapat membantu mereka yang gemar translate bahasa.
Google Translator
Posted on 26 September '09 by Mohd Hakim, under Informasi. 3 Comments.
Tags:Hari, Malaysia, Merdeka.

Saya ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat malaysia selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 52. Moga aman makmur sentiasa.
Posted on 30 August '09 by Mohd Hakim, under Uncategorized. No Comments.