Astro

Promosi Astro Pelangi Dan Bintang ?

Saya dah lama sebenarnya perhatikan bila on Astro ni. Kalau korang on dekoder astro korang.. Mana channel yang dia akan buka terlebih dahulu ?

Dia akan buka channel P141 betul kan.. Kalau channel ni korang subscribe dia channel dia rancangan tv dari Tv Indonesia betul kan.

Saya tak langgan, tapi kalau tgk teknik ni macam promosi. Sebelum ni banyak gak astro bg test percuma siaran tu berapa kali.

Jurukamera Bernama TV Maut Akibat Terkena Peluru Sesat Di Somalia

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 39, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, Jumaat.

Wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro Jumaat malam.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

“Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.

Sementara itu, wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat itu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi parunya.

Continue reading