Kebaikkan Beras Perang Atau Beras Rebus

Siapa yang kat sini pernah makan beras perang@rebus ni. Kalau yang berpenyakit seperti darah tinggi, kencing manis doktor mesti suruh menggunakan beras ini untuk menggantikan beras putih. Betul kan. Jadi apa yang ada dalam kandungan beras perang@rebus ni.

Beras yang warnanya perang ni boleh didapati dikedai-kedai runcit dalam sekitar harga RM 30 dan ke atas. Sebelum ini ada yang kata, kalau makan beras ni rasa seperti takde rasa apa-apa. Tak seperti makan beras putih yang rasa manis-manis. Kira kalau makan beras perang ni rasa ibarat makan tebu yang telah di mesin kering. Maknanya dah tak rasa apa-apa.

Sebenarnya silap, beras perang ni lagi lembut dan sedap bila makan panas-panas ataupun sejuk. Berasnya yang lembut dan senang dimasak berbanding beras putih. Walaupun kandungan kanjinya sedikit, beras ni jika anda makan buat kali pertama, pasti bulan depan beli lagi beras ni, terus tak nak guna beras putih lagi dah.

Antara kebaikkan beras ni ialah.

1. Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.

2. Bila sudah kurang kanji@gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.

3. Boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Boleh diet guna beras ni.

4. Mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat.

5. Mengandungi Mineral Magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.

6. Menjaga jantung dan darah tinggi.

7. Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.

8. Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser.

Amalkan pemakanan yang sihat bermula dengan makan beras perang ni. Tidak masalah keluarkan sedikit duit bagi menjamin kesihatan tubuh badan anda. Bila banda sihat, penyakit pun kurang.

Dan banyak lagi kelebihan beras perang berbanding dengan beras putih. Tetapi beras ni jika anda tanak, bau dia lebih kuat sikit berbanding beras putih. Tapi best bila bukak tudung periuk nasi cantik je beras ni masak.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 3.8/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kebaikkan Beras Perang Atau Beras Rebus, 3.8 out of 10 based on 4 ratings

2 thoughts on “Kebaikkan Beras Perang Atau Beras Rebus

  1. Permalink  ⋅ Reply

    ashraf

    October 14, 2010 at 2:28am

    as a food technologist, bagi aku habuk2 masa dorng asingkan beras dari padi tu lebih banyak kandungan protein. better someone make a new invention to mixed up benda ni dalam beras yg bakal dijual. then jual mahal sikit sebab kandungan protein yg tinggi. :) nak tunggu aku invent? malas la. aku pon xnak masuk industri makanan dah.
    ashraf´s last blog post ..How to grow your hair faster

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. Permalink  ⋅ Reply

    ummi

    December 12, 2012 at 2:23pm

    Good Info. alhamdulillah. syukran! :)

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email will not be published. Name and Email fields are required.


seven − 4 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge