Siput Sawah

Siput

Salam, hari ini saya hendak menceritakan sejenis siput yang kita boleh dapati dimusim sawah padi. Siput ini juga terkenal dengan nama “KELIMBUAI” dikampung ayah saya.. Siput ini hidup di sawah-sawah padi yang mengeluarkan padi muda. Siput ini berwarna hitam dan berukuran sebesar ibu jari kaki sehinggalah sebesar bola ping pong.

Makanan asasi siput ini ialah rumput-rumput dan batang padi. Siput ini membiak dengan cepat semasa padi diubah. Untuk menikmati daging siput ini, kita perlulah memungut siput ini di empangan air sawah dan terusan air sawah. Apabila kita sudah kumpulkan, kulit siput ini agak licin dan berlumut sikit dan perlu dibasuh dahulu.

Kemudian kita rebus dengan air biasa seperti kita merebus kerang. Siput ini ada mukanya yang tersendiri. Apabila dah direbus, kita kena kopek kulit siput tadi dan isinya terpaksa dicungkil menggunakan pisau atau batang lidi sate. Setelah habis dikupas, kita perlu membuang bahagian yang lembik dan kita hanya perlu ambil isinya sahaja. Bersihkan dengan air garam dahulu dan kemudiannya dicampur dengan kunyit dan digoreng. Isinya agak liat sedikit, apabila sudah digoreng rasanya agak manis. Lebih enak lagi, boleh digoreng kering bercili ataupun dibuat sambal tumis seperti sambal tumis kerang. Boleh dimakan dengan nasi ketika panas.. Ini sahaja resepi untuk hari ini.

P/S: Siput ini dikatakan juga sebagai mengurangkan penyakit semput. Orang-orang dulu kata lah.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Siput Sawah, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Leave a Reply

Your email will not be published. Name and Email fields are required.


+ two = 4

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge