Kegunaan Pokok Pisang

Pokok pisang adalah satu tanaman serba guna daripada pucuknya hinggalah kepada batangnya. Jom kita tengok kelebihan pokok pisang ni dari pangkal sampai la ke hujung.

Yang pertama, pucuk pisang @ pisang muda digunakan untuk membuat membalut lemang.

Yang kedua,Daun yang tua untuk dibuat bungkus kuih, nasi lemak, tapai, kuih abuk-abuk, alas kuih bingka dan macam-macam lagi.

Yang ketiga,Pelepahnya boleh dibuat penyepit dodol semasa dodol hendak dimasukkan dalam tampin(orang melaka selalu gunakan).

Yang keempat, Jantung pisang boleh sayur dan ulam tapi bukan semua pisang boleh dimakan jantungnya.

Yang kelima, Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja, boleh dibuat kek atau lepat, direbus dan digoreng. Pisang boleh dibuat gulai juga.

Yang keenam, Zaman hang Jebat di Singapura, Batang pisang dibuat benteng serangan ikan todak di Singapura. Batang pisang juga boleh dibuat rakit, Di Melaka, batang pisang dibuat perhiasan bunga telur dihari perkahwinan. Batang pisang dipotong 1 meter lebih atau boleh juga dihiris kecil-kecil dan dijemur dibuat tali untuk mengikat. Batang pisang juga dulu diguna oleh orang kampung untuk membuat alas kepala untuk memandikan jenazah.

5 comments on “Kegunaan Pokok Pisang

  1. Akuro San January 6, 2010 10:12 pm

    saya teringat karangan masa sekolah darjah 6 dulu. lebih kurang macam ni lah tajuk dan isi cerita karangan yang cikgu suruh buat~ huhu~

    • Mohd Hakim January 7, 2010 12:56 pm

      Blog tak boleh tulis advanced.. :D
      Nanti jenuh nak membacanya..

  2. zikr the jalanan sepi January 9, 2010 6:32 am

    banyak sebenarnya kegunaan pisang nie.. erm nak tambah lagi satu.. batang pisang , kira orang dulu buat pelapik time sunat…wooo takutnya..

  3. FunkyPrincessEmoGirl July 6, 2010 8:12 pm

    I’m very proud for you, ummm….. boleh la I buat my homework dengan use this note. can copy all. so, tak salah lah if copy this. teacher must write my book all correct ! so, thanks for your this pokok pisang note. i love this. selamat maju jaya okayy. klau boleh I pon nak buat website baru and write story about this pokok pisang and jenis-jenis pokok pisang. so, this is what I’m talking. selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


+ 7 = fifteen

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge