
Hari ni jom kita ke depan kan minda kita mengenai apakah yang akan terjadi jika semua perkerjaaan dilakukan oleh robot. Dan apakah impaknya pada manusia. Memang tidak dinafikan, dengan adanya robot ni kita dapat membuat kerja yang manusia tidak dapat buat.
Ambil contoh, setiap kilang memerlukan robot yang boleh kerja selama 24 jam. Dari segi pemasangan hinggalah packaging. Semuanya dilakukan oleh robot. Baru-baru ini teknologi di Jepun telah mencipta robot pelbagai guna.
Persoalannya disini ialah, jika semua kerja dilakukan oleh robot, apakah perkerjaan yang akan dibuat oleh manusia. Pastinya tiada ataupun kurang. Manakan taknya, bila sampai rumah makanan, mengemas rumah semuanya telah disiapkan oleh robot.
Kedengaran bunyinya sangat menyenangkan, jika difikirkan kembali. Manusia sebenarnya yang akan kerugian kerana jika semuanya sudah dilakukan oleh robot bermakna gerak tubuh manusia akan menjadi terhad dan apabila menjadi lama, badan manusia akan menjadi lemah dan tidak berguna lagi kerananya semua dilakukan oleh robot.
Atau jika dibiarkan perkara ini berlaku, robot pula yang menguasai manusia nanti. Fikir-fikirkan lah.






