
Tangkai Jering maksudnya terlampau kedekut atau orang yang kedekut, tetapi jering adalah makanan yang terbaik untuk orang sakit batu karang, kencing manis, dan lawas kencing.
1. Jering muda boleh dibuat ulam. Untuk lawaskan kencing hendaklah dimakan kulit ari jering. Rasanya agak pahit sedikit dan pedas sedikit tapi itulah ubat.
2. Jering tua tak boleh digigit tak boleh dibuat ulam tetapi boleh dibuat masak lemak pedas ikan bilis. Sebelum dimasak jering yang tua tadi ditumbuk agar jering tersebut dalam keadaan merekah, Di tumbuk menggunakan lesung batu. Dulu-dulu kita gunakan batu sengakalan untuk merekahkan jering yang keras. Ini kerana memudahkan kuah lemak tadi meresap kedalam rongga-rongga jering. Untuk melembutkan lagi, perlulah direbus dahulu sehingga lembut.
3. Selain daripada ulam dan masak lemak ikan bilis. Jering tua ini juga boleh dimakan sebagai kuih. Pertama, seperti diatas tadi. Jering perlu ditumbuk dan direbus hingga lembut. Setelah direbus, toskan jering sehingga kering air rebusan tadi. Ambil kelapa parut(kelapa inti) dicampur garam dan campur gula pasir sesedap rasa. Ambil jering yang telah dikeringkan dan diletakkan dalam piring dan ambil kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam dan gula tadi diatas jering tadi. Makanan tadi segera dimakan.
4. Kalau masih nak dibuat ulam, jering yang terlalu tua tadi, hendaklah ditanam kedalam tanah dan biarkan ia didalam tanah seminggu atau sebulan. Untuk dijadikan ulam, pastikan jering tadi telah bercambah urat-urat kecil yanng berwarna kehijau-hijauan. Dengan ini jering ini lebih lembut daripada yang ditanam tadi dan ia sedia dibuat ulam. Orang-orang tua kata makan jering tanam, baunya kurang enak. Tetapi ia penawar kepada kencing manis, batu karang dan tak lawas kencing. Selamat mencuba.






