Hati-Hati Ketika Membuka Penutup Gas Petrol Anda

Hari ni saya nak kongsi pula mengenai tajuk diatas. Dulu pernah gak try kerja kat stesen minyak, maklumla baru lepas SPM.
Nak dijadikan cerita, memang semua customer datang kitorang kena layan. Buka penutup gas kereta diorang dan isi minyak. Jadi ada satu hari tu nasib tak baik. Kalau tak silap kenderaan yang datang adalah sebuah van usang.
Lalu saya terus membuka penutup gas tersebut, dan minyak petrol yang masih berwap terus kena ke muka saya. Lalu saya terus bergegas ke kepala paip yang berdekatan untuk mencuci muka dengan buih. Sebab minyak petrol nak tanggalkan tu sahaja caranya.
Selepas terkena minyak tersebut, terus berhenti. Tu je pengalaman waktu mula-mula nak berkerja.
Jadi tipsnya, jika anda yang kerap berjalan jauh. Sebelum membuka penutup gas tersebut. Buka dengan perlahan-lahan sehingga anda akan dengar bunyi macam gas dilepaskan. Kemudia baru isi minyak.






7 Comments to “Hati-Hati Ketika Membuka Penutup Gas Petrol Anda”