Belimbing Jeruk

Salam, kali ni saya akan ceritakan bagaimana hendak membuat jeruk belimbing buluh.. Resepi orang dulu-dulu nih.. Untuk pengetahuan para bloggers, belimbing ada dua jenis pertama jenis yang berwarna putih dan satu lagi berwarna hijau.. Ia ada perbezaan.. Yang putih kurang masam manakala yang berwarna hijau memang masam.. Tetapi kedua-duanya amat sesuai untuk dibuat jeruk belimbing..

Ambil setengah kilo belimbing buluh yang agak besar dan potong hujung dan pangkal buah belimbing.. Basuh bersih-bersih… Dan masukkan kedalam botol plastik, atau pun balang kaca.. Perap dahulu dengan garam sehingga air belimbing itu keluar. perap sehingga kecut dan masukkan satu sudu kecil cuka dan masukkan air sehingga tenggelam belimbing tadi.. Setelah tiga atau empat hari, bolehlah dihidang bersama belacan bakar atau belacan goreng.. Dinasihatkan makan bersama nasi yang masih panas.. InsyaAllah anda akan mendapat khasiat yang tinggi dari belimbing tadi..

P/S: Selamat mencuba.. Orang perempuan mesti suka..

2 thoughts on “Belimbing Jeruk

Leave a Reply

Your email will not be published. Name and Email fields are required.


6 + eight =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge