Asas Permainan Hold’Em Poker

Hari ni saya nak berikan informasi pengetahuan mengenai permainan ini. Bukan saya hendak suruh anda berjudi. Cuma saja ingin berkongsi dengan anda semua mengenai permainan barat ini.
Pasti mereka yang mempunyai akaun myspace, hi5, facebook kenal dengan game ini. Mana tak nya. Jumlah pemain lebih dari 300,000 sehari. Jadi bagi mereka yang tidak mempunyai asas untuk bermain game ini, jadi saya akan berikan anda info dan tips bagaimana hendak memulakan permainan ini.
Pada asasnya permainan ini senang sahaja, Anda hanya memerlukan teknik dan juga sedikit tuah (nasib). Jadi jom kita kenal asas permainan ini.
Untuk permainan anda akan diberikan 2 kad dan kad anda bersandarkan pada 5 kad yang akan dikeluarkan oleh banker atau tukang penganjur tersebut. Dalam memahirkan anda, terdapat berberapa teknik bagi menyamakan kad anda dengan kad banker. Antaranya ialah:
1. Straight Card: Bermaksud anda mempunyai turutan kad secara menaik. Contoh anda mempunyai kad 2 dan 5. Jadi jika kad banker mengeluarkan kad A, 4, 3, 6. Anda akan menang.
2. Kad Kembar: Jika anda mempunyai kad yang berkembar seperti anda memiliki dua K, dan terdapat lagi 1 K yang dikeluarkan oleh banker. Anda turut mempunyai peluang untuk menang.
3. Flush Card: Flush card bermaksud anda mempunyai 5 bunga yang sama. Jika anda mempunya 5 diamond, anda berpeluang untuk menang.
Jika anda bernasib baik, anda boleh meletakkan bid (raise) anda sehingga habis chip dan jika kurang bernasib baik anda boleh undur diri (fold).
Selamat mencuba.






10 Comments to “Asas Permainan Hold’Em Poker”