Archive for the ‘Celebriti’ Category
SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
Sumber: Kosmo

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam ini.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

KUALA LUMPUR – Deejay radio popular yang juga personaliti televisyen, Din Beramboi (gambar), kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang di sini sejak petang semalam kerana dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.
Anak sulung beliau yang hanya mahu dikenali sebagai “Kakak” berkata, bapanya mungkin mengalami jangkitan haiwan tersebut selepas menjalani penggambaran rancangan kanak- kanak di Zoo Negara beberapa hari lalu.
“Saya terkejut dan sedih sebab ayah sebelum ini sihat dan tiada tanda-tanda sakit. Mulanya kami sekeluarga ingat ayah kena denggi.
“Mungkin ayah kena jangkitan virus haiwan itu ketika di Zoo Negara.
“Sepatutnya setiap krew yang terlibat disuntik dengan vaksin khas untuk menghindari sebarang jangkitan,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Hospital Selayang semalam.
Sumber: Kosmo

Foto: murai.com.my
SHAH ALAM, 7 MAC 2010: Kumpulan Kecik dinobatkan sebagai juara Raja Lawak 4 sekali gus mengenepikan 2 saingan mereka, Idlan dan Alex, dalam peringkat akhir yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Kecik yang dianggotai 2 jejaka dari Sabah – Safuan Madeaming, 20 (Wan), dan Mohd Ilham Rusdy, 19 (Achoe) – membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM14 ribu, sebuah kereta Naza Sorento, set karaoke Arezzo Hoffman, TV Plasma 42′ dan peti sejuk Haier serta jam tangan Hugo Boss.

Pentas Anugerah Juara ke 24 menyaksikan kemenangan berganda buat penyanyi berbakat besar, Aizat. Lagu dendangannya, ‘Pergi’ dinobatkan sebagai juara menewaskan beberapa calon yang disebut-sebut sebelum ini. Manakala persembahannya menerusi lagu ‘Kau Aku’ turut diumumkan sebagai persembahan terbaik pada malam ini.
Kemenangan ini membolehkan Aizat membawa pulang wang tunai berjumlah RM45,000 keseluruhannya berserta trofi. RM35,000 untuk gelaran juara dan RM10,000 untuk persembahan terbaik. Bagaimanapun, jumlah ini bukanlah hak mutlak Aizat kerana lagu ‘Pergi’ adalah gubahan Pete Teo dan ditulis oleh Amran Omar. Sekalung tahniah GUA ucapkan kepada Aizat!

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama
Sumber: Utusan
Al Fatihah buat arwah

Peliharaan Michael Jackson, Bubbles seekor chimpanzi yang dibelanya telah menjadi haiwan terkaya didunia selepas idola muzik pop itu telah menandatangani $2 juta kepada Bubbles.
Saudara-mara Jackson berkata Bubbles mempunyai katilnya yang tersendiri dan boleh duduk semeja dengan Michael Jackson serta Chimpazi ini juga pandai menggunakan tandas persendiriannya sendiri.

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang pengsan ketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3, pada Khamis menjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara dan keadaannya kini stabil.
Adik ipar Yasmin, Datuk Dr Zakaria Zahari berkata pengarah itu mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.
“Jantungnya disokong oleh ubat-ubatan bagi mengawal tekanan darah… tempoh beberapa jam akan datang amat penting bagi kami, tapi beliau kini dalam keadaan stabil sungguhpun masih belum sedar,” katanya.






