
Hari ni saya nak bagi review sikit mengenai dua jenis perisian upload dan download file anda ke control panel hosting anda. Kedua-duanya merupakan FTP yang percuma untuk di download. Ada versi server dan client.
Jadi kepada mereka yang menggunakan self hosting tu, kalau nak cuba kelainan software ftp ni anda boleh download kat bawah ni. Percuma je
Core FTP Lite:
Saya mula menggunakan Core FTP Lite ni sejak menggunakan hosting sendiri. Penggunaannya juga amat mudah dan senang diuruskan. Jadi ada juga kekurangan mengenai software ini. Senang cerita macam ni, jika sudah banyak digunakan, software ini akan susah untuk dibuang dan kadang kala segala urusan FTP anda akan tersangkut dan menjadi terlalu lama.
Jadi rating yang saya dapat bagi untuk Core FTP Lite ialah 3/5
Download: Core FTP Lite
Filezilla:
Filezilla ni saya baru gunakan beberapa hari yang lalu disebabkan problem Core FTP Lite diatas. Apa yang menariknya tentang Filezilla ini adalah sistem FTPnya sangat mudah dan senang diuruskan. Dan lebih pantas berbanding Core FTP lite. Urusan mencari folder yang hendak diupload menjadi lebih senang kerana terdapat satu interface dimana anda boleh menjejaki kedudukan folder tersebut.
Rating untuk FileZilla: 4/5
Download: Filezilla







aku dr dulu mmg pkai filezilla je.. terbaik! takkan tukar yg lain dah..
kire filezilla lg bgs la ni..
x penah try ag..hehe