Blog Anda Ada Virus?

Ramai yang mengatakan kalau laman web atau blog anda tidak boleh masuk, pasti mereka mengatakan ada virus dan virus mereka dapat detect virus dalam blog anda. Pernah juga terjadi pada rakan-rakan blogger yang lain termasuklah blog saya ini.
Jadi saya pun fikir, apa benda yang saya letak sampai anti virus boleh detect virus kat blog saya ni. Perkara ni senang je kalau nak diikutkan. Pada pengalaman saya, blog anda tidak mempunyai masalah dari segi hosting atau pun contentnya.
Jadi, apakah punca yang menyebabkan perkara ini. Jawapannya mudah sahaja, widget dan image yang berada diblog anda. Berkemungkinan widget, image, link, affiliates tersebut telah disyaki sebagai satu virus dan menyebabkan anti virus anda dapat detect benda tersebut. Jadi anda periksa gambar-gambar, link-link, atau affiliate mana tahu jika anda klik link tersebut dan sitenya tak boleh bukak dan mempunyai virus, anda bolehlah removekan link tersebut dari blog anda.






4 Comments to “Blog Anda Ada Virus?”