
Hari ni saya kongsikan dengan anda plugin apakah yang harus wajib bagi memaksimakan penggunaan wordpress anda. Terdapat banyak plugin diluar sana, hinggakan anda rambang mata untuk memilih.
Memasang plugin yang terlalu banyak mungkin menyebabkan loading blog anda menjadi lambat dan memakan source dari webhosting anda, dan berkemungkinan blog anda akan disuspend. Jadi untuk memilih plugin, pilih plugin yang tidak membebankan blog anda.
Antara plugin-plugin yang harus dipasang pada blog anda. Ini tidak termasuk default plugin seperti akismet dan hello world.
1. All In One Seo: Berfungsi memaksimakan penggunaan tag, keyword yang memudahkan blog anda diindex di google.
2. WP Super Cache: Walaupun anda perlu membersihkan cache didalam admin panel dengan kerap untuk mengupdate sesuatu seperti footer atau menukar header, wp super cache dapat melajukan loading blog anda dengan pantas kerana fungsi cachenya.
3. Contact Form: Contact form juga merupakan plugin yang penting kerana ianya dapat memudahkan interaksi antara webmaster dengan pengguna jika berlaku sesuatu urusan.
4. WP Security Scan: Satu plugin yang dapat mengesan kedudukan virus yang menyelinap masuk ke dalam script php anda. Scan virus tersebut jika blog anda dijangkiti.
5. Google XML Sitemap: Dengan menggunakan plugin sitemap ini, blog anda akan mudah diindex oleh google, yahoo, bing atau apa jenis web browser jika terdapat perubahan link, post pada blog anda.







Semua plugin tu da try except yg no 4 tu..thanks for the info