The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
Mohd Hakim Blog Rotating Header Image
Iklan Anda Disini

Payment Pertama Dari 701 Panduan

Hari ni saya nak update payment dari 701 panduan. Ini merupakan bayaran pertama dari mereka. Dan saya mula aktif pasang iklan ni sejak sebulan dua yang lepas. Pada mulanya saya jarang letak iklan ni sebab tengok nak dapat klik pun susah. Saya try pasang di salah satu blog saya yang mempunyai trafik yang banyak. Dan dapat jugalah kumpul untuk payment pertama dari 701 ni.

Rasanya ramai diantara anda yang dah dapat payment dari 701 ni. Walaupun kadang-kadang mereka bayar lambat. Tapi mereka tetap akan bayar juga. Saya sebelum ni kerap menghantar email kepada mereka menanyakan status saya pasal pembayaran ni. Dan tak sangka pun dorang dah masukkan tu lama sebenarnya. Saya ni jenis jarang cek bank online kecuali kalau ada urusan transaksi.

(more…)

Skim Sara 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan.

Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.

“Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.

“Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” katanya ketika melancarkan skim tersebut di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.

Pada Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.

Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Najib berkata pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman.

(more…)

Macam Mana Nak Download File Dari Internet Dengan Cepat

Salam. Lama blog ni tak update. Bersawang agaknya dah. Al maklumlah sibuk sedikit, ni pun baru baik dari sakit leher sebab tidur salah ni. Ok, berbalik pada tajuk diatas. Macam mana nak download file internet dengan cepat dengan speed internet anda yang sederhana laju.

Kalau internet yang laju abaikan sebab tips ni untuk mereka yang mempunya connection internet yang average.

Antara tip2 yang saya boleh kongsikan disini.

(more…)

Servis Design Banner Fanpage Facebook Anda

Hari ni saya nak bukak satu servis untuk anda semua. Servis ni sesuai untuk mereka yang ada facebook fanpage.. Kalau ada fanpage, tapi gambar fanpage anda tu tidak berseri tak berapa nak menarik juga kan. Jadi saya sedia membuat design banner fanpage anda dengan harga yang sangat murah..

Saiz untuk fanpage anda yang akan saya buatkan ialah 200x600px. Anda berikan saya warna, text, logo atau slogan yang anda inginkan dan saya akan designkan mengikut citarasa anda.

(more…)


Welcome